Assalamualaikum.
Di sini aku nak bercerita la sikit pasal diri aku ni sebagai pengenalan blog ini. Nama aku dan no ic aku xperlu la ye (hehe). Nak dijadikan cerita disebabkan percintaan selepas perkahwinan ayah dan ibuku yang aku dan sekeluarga gelarkan ‘ku’ dan ‘cik’ maka pada tanggal 18 Ogos 1989 bersamaan 15 Muharram 1410 Hijrah yang jatuh pada hari Jumaat maka keluarlah aku ni muka bumi ini sebagai anak yang ke-3. Dilahirkan dirumah yang terletak dikampung aku Kota Bharu, Kelantan. Rumah ayah aku yang dibina sebelum perkahwinannya dengan ibu aku. Diberi nama ‘Abid’ (nama panggilan) yang seiring dengan hajat mereka agar dijadikan aku olehNYA seorang yang abid.
Dibesarkan oleh keluarga yang tidak seberapa dengan pekerjaan ayah aku hanya sebagai pegawai sukan di sesebuah Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) maka membesarlah aku dengan didikan mereka dan kasih sayang mereka. Ketika umur aku 6 tahun mereka mula memberikan pengajian yang pada pandangan aku lebih kearah duniawi dengan menghantar aku ke Tadika Kemas. Selepas selesai pengajian aku di tadika aku dihantarkan di Sekolah Kebangsaan Mentuan. Disebabkan pekerjaan ayah aku sebagai kakitangan IPT maka 3 bulan selepas aku memulakan kisah hidup aku dibangku sekolah, ayah aku aku diarah agar berpindah tempat keje kerana sub-sub IPT tersebut memerlukan pengajar sukan. Tetap dibawah agensi yang sama ayah aku diarahkan agar berpindah di Machang, Kelantan. Maka bermulalah kisah hidup aku sebagai perantau.
Aku menyambung pengajian aku di Sekolah Kebangsaan Hamzah 1. Agak kekok rasanya berpindah dikawasan orang tanpa seorang pun sahabat. Pada hari pertama aku memasuki sekolah tersebut aku agak terkejut dan kagum dengan pelajar-pelajarnya kerana didalam kelas baru tersebut. Aku melihat mereka semua agak fasih dan lancar membaca. Yelah nak dibandingkan dengan aku yang tergagap lagi ketika itu. Oleh sebab takut dimalukan aku mula rajin membaca (dulu la..hehe).
Dipendekkan cerita, ketika umur aku mencecah 9 tahun ayah aku sekali lagi diarahkan supaya berpindah. Maka berangkatlah kami sekeluarga ke Pulau Pinang. Di
Hidup dikalangan masyarakat yang biasa agak menyenangkan aku kerana suasana dan
Di pekan yang agak sinonim dengan panggilan pekan koboi aku menyambung pengajian aku pada Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad. Satu masalah baru muncul. Aku mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Masalahnya, lograt negori. Haha, agak memeningkan aku untuk belajar lograt negori ni. Yang boleh aku lakukan memerhati kawan-kawan sekelas aku bercakap dan gerak-geri mereka. Bayangkan 3 bulan aku belajar untuk memahami lograt mereka. Agak susah. Kehidupan aku disana agak biasa. Kadang-kadang sahabat-sahabat aku di Pulau Pinang menelefon aku bertanya khabar dan bertanya bila nak pergi
Semakin hari aku meningkat remaja. Pada tingkatan 3 aku mula memasuki asrama di sekolah tersebut. Banyak benda yang aku belajar dan aku tahu di asrama. Tidak perlulah aku ceritakan disini. Agak pahit. Setelah genap 4 tahun aku menetap disana ayah aku sekali lagi diarahkan berpindah. Ayah aku diarahkan berpindah ke Shah Alam, Selangor. Aku nekad untuk tetap di N.Sembilan. Maka tinggallah aku di N.Sembilan dan ayah aku berpindah ke Shah Alam. 3 bulan kemudian aku berpindah ke Shah Alam dek perkara yang terjadi di asrama di sekolah aku yang tidak perlulah aku ceritakan dan juga desakan ibu aku yang sering kali menelefon aku dan menyuruh aku berpindah ke Shah Alam.
Maka berpindahlah aku ke
Tidak lama kemudian tempoh bagi ayah aku bersara mulai sampai. Kami kembali menetap di Kelantan pada tahun 2006. Terhenti kisah aku sebagai perantau. Keputusan SPM sudah keluar. Ayah aku membawa aku ke S.Alam untuk mengambil keputusan tersebut. Ternyata agak mengecewakan. Niat aku untuk terus sambung pelajaran aku terhapus sama sekali. Setelah pulang aku ke Kuantan, Pahang untuk bekerja kembali sebagai seorang buruh bersama sepupu aku. Tinggal di
Aku kembali merasai kenikmatan belajar. Kenikmatan berfikir dengan kritis. Alhamdulillah walaupun keputusan tersebut tidaklah membanggakan pihak sekolah sangat, aku lulus dengan keputusan yang agak membanggakan orang tua aku dan diri aku sendiri. 27 JUN 2009 aku mula menyambung kisah hidup aku sebagai perantau di Internasional Islamic University
p/s ; buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan..hehe

No comments:
Post a Comment