Assalammualaikum.
Aku pun tak tahu apa yang ingin aku coretkan kat blog aku ni. Follower pun tak ada lagi.huhu. Tapi aku harap isu yang ingin aku bawa kali ini mampu menarik perhatian blogger2 lain.
Isu yang ingin aku ketengahkan kali ini adalah isu perkauman yang agak menyentuh sensitiviti sesetengah kaum. Tujuan aku bukanlah untuk menyentuh sensitiviti mana-mana kaum tapi sekadar berkongsi. Bagi aku perjuangan melalui medan perkauman tidak akan berjaya. Mengapa? Kerana setiap manusia mempunyai kaum dan warisan yang tersendiri. Dan mereka-mereka ini ingin yang terbaik bagi setiap kaum mereka sendiri. Jadi bagi aku perjuang melalui agama adalah yang terbaik seperti mana yang disarankan oleh Rasul Allah Nabi Muhammad S.A.W.
Di sini aku ingin kongsi satu kisah yang bagi aku agak menarik. Kisah ni berlaku selepas Aidilfitri 09 yang mula-mula tu sebab Aidilfitri pada 09 adalah 2 kali. Ketika itu aku menemani sepupu aku berjumpa dengan seorang Chinese untuk berbincang mengenai perniagaan di Kuala Lumpur. Kami berjumpa di Giant yang entah mana satu sebab aku tidak beberapa fasih mengenai nama-nama tempat di Kuala Lumpur. Uncle tersebut aku anggarkan lingkungan 60-65. Kelihatan agak muda dan pada mulanya kami ingatkan uncle tersebut lebih muda kerana suaranya segar. Perbualan kami bermula dengan baik pada mulanya di kedai mamak di sebelah giant tersebut. Maklum la bila berbual hal-hal yang lain terkeluar. “saya x paham la kenape najib buat 1 malaysia?” kata uncle tersebut. “mana mungkin jadi 1 malaysia..cuba la tengok sekarang ni..orang melayu,cina atau india tiadak akan duduk semeja untuk makan bersama-sama. Duduk bersama mungkin tapi makan bersama mustahil!! Melayu tidak makan babi. India tidak makan lembu. So mana mungkin jadi 1 malaysia” tambah uncle tu.
‘’ 1 malaysia ni untuk kite la. Untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.” Kata sepupu aku. Aku hanya senyap. Mendengar. Uncle tersebut tetap berkeras dengan kenyatannya. Sepupu aku yang agak keras kepala juga keras dengan pendapatnya. Agak lama mereka bertukar pendapat aku mula ajukan soalan. “uncle,kenapa saya tengok ramai orang cina suka berniaga. Budak-budak muda Chinese pun sama”. “ kitorang bukan tidak mahu belajar tinggi-tinggi..tp u tgk la mane ade peluang untuk org cina..so kami berniaga’’. Ak tersentak dengan jawapan uncle tersebut. Kerana aku anggarkan jawapan lain yang keluar.
“ Saya ingat lagi ketika anak saya yang no 1 yang umur dia 20-an sekarang, ketika dia masuk darjah satu dia kena ambil ujian untuk penetapan kelas. Saya tengok sendiri cikgu melayu tersebut menanda kertas jawapan my son n my son get 98 %. Tapi bila masuk kelas u tau kelas mana anak saya masuk? Kelas second last. Macam mana benda ni boleh jadi!!! Anak saya dapat markah tinggi tapi dapat kelas second last. Saya tidak puas hati! Saya pergi jumpa sama cikgu kelas dia. Saya tanya macam mana benda nih boleh jadi?” pendekkan cerita cikgu tersebut menjawab “ kelas first n second untuk orang melayu..orang Islam..sbb mereka belajar jawi..” bagi aku itu jawapan yang agak ‘ bijak’ dari seorang guru. Tambah uncle tersebut kepada kami “ apa masalahnya kalau anak saya juga belajar jawi? Sekarang u tau cikgu cina boleh mengajar bahasa melayu jadi apa masalahnya??saya tidak faham la..”
Aku senyap mendengar luahan uncle tersebut. Buat aku berfikir. Macam mana perpaduan akan wujud dalam keadaan begini. Kaum?kaum? patut la Rasullah haram kan perjuangan melalui kaum. Uncle itu memberitahu kami bahawa anaknya manjadi semakin malas untuk belajar. Yelah layanan untuk budak-budak kelas first dengan last mesti la berbeza. Kata uncle tu lagi anaknya terus berhenti sekolah bila dia habis SPM. Dan hal ter sebut membuatkan uncle tersebut amat sedih.” Kamu generasi masa depan ada peluang untuk ubah semua sistem ini. Ubahlah sistem ni nanti. Jadi pemimpin yang baik dan bagus.” Kata terakhir uncle tersebut.
Kami pulang dengan minda yang terbuka luas. Berfikir.
Renung2kan.
P/S : tidak bertujuan untuk menyentuh mana-mana sensitiviti kaum mahu pun lain-lain
sensitiviti. Tulisan ini hanya sekadar untuk renungan.
January 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
